Assalamualaikum semua :)
Kali ni, ana nak berbicara atau menasihati org yg bercouple nih.
Sebagai org islam , kita tidak boleh menghampiri apa yg haram.
Yg haram tetap haram.
Alasan/excuses tak menghalalkan yg haram.
Tak kira apa jua alasan , yg haram tetap tak boleh didekati.
Bertaubat lah.
Bercouple itu memang sweet.
Tetapi,
Bercouple itu haram.
Bercouple itu mendekati diri dengan zina.
Dan zina itu haram .
Dan haram itu dosa.
Dan dosa itu adalah ticket percuma untuk masuk ke NERAKA.
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. " Surah Al - Israa' : 32
Dan
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti ."
cuba fikirkan ,
Orang yg bercouple selalu tengok awek dia,dan awek dia pula selalu tengok dia.
Orang yg bercouple selalu duduk berdua-duaan. Tambah lagi, tempat sunyi.
Orang yg bercouple selalu bermanja2x , bercakap dengan nada yg lembut dan boleh menaikkan syahwat.
Orang yg bercouple selalu bersentuhan , meskipun hanya bersalaman atau cubit cubit manja.
Orang yg bercouple selalu angau , sesalu membayangi awek/pakwenya .
Kalau keadaan ini terbawa-bawa ketika di dalam solah?
Adakah solah kita diterima? Bukankah di dalam solah, hati kita perlu menghadap Allah dengan penghormatan , pengagungan , cinta dan pengakuan kepada Allah SWT?
Macamana kita nak buat sedemikian kalau kita asyik dengan awek/pakwe kita?
Fikir sendiri lah .
kemudian .
Kalau alasan sebab nak suai kenal sebelum berkahwin , bukan msg caranya, bukan keluar berdua-duaan caranya.
Tetapi pergi kerumah orang tuanya.
Buat ta'aruf.
berkenal kenal dahulu dengan pasanganya.Tanya apa yg ingin ditanya.
Bukan berdua-duan sahaja. Tetapi dengan orang tuanya.
Nak keluar dengannya? boleh,tak de masalah .. tapi dengan syarat,bawa WALI nya.
Kemudian, bila sudah kenal.
Tanya kan mengenai pernikahannya.
boleh kn?
Ia berbeza dengan bercouple yg hanya semata-mata menghampiri zina .
Boleh keberkahwin dengan orang yang melakukan zina?
Surah An - Nuur Ayat 3 DAN 5 .
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Ayat 3 )
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Ayat 5 ) .
Jelas sekali. bukan kata tak boleh berkahwin dengan org yang melakukan zina , tpi dengan syarat , kena bertaubat. Taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat Nasuha.
Dan tambahan lagi,
Ibnu ‘Abbas pernah berkata mengenai laki-laki yang berzina kemudian hendak menikah dengan wanita yang dizinainya, beliau berkata :
"yg pertama adalah zina yang terakhir adalah nikah , yg pertama adalah haram , sedangkan yg terakhir adalah halal . "
:) , masih boleh mengubah keadaan kawan2x. Kalau kita betul2x sayangkan pasangan kita , gunakan lah jalan yang betul . Bercouple tu, bukan lah option kita :)
ok?
InShaAllah, Moga apa yang ingin ana sampaikan dapat disampai dengan betul .Dan dapat memberi manfaat kepada semua. Apa yang ana katakan ini semua, adalah untuk diri ana jua. Diri ini perlukan kekuatan .
Dan jika ada para ilmu yang bijaksana dari ana , boleh lah tahqiq kan hal ini .
Mungkin ada kesalahan dalil-dalil yg ana pakai. Mungkin tidak tepat.
InShaAllah, di Awal tahun ini, kita mulakan dengan azam baru. Jauhi zina . Dekati diri dengan Allah. Gunakan cara yg betul disisi islam .
Dan apa apa sekalipun , ingat. LA ILAHA ILLALLAH !
Wallahu'alam
Assalamualaikum :) .