-->

Thursday, November 22, 2012

Nasihat kepada para COUPLE




Assalamualaikum semua :)

Kali ni, ana nak berbicara atau menasihati org yg bercouple nih.
Sebagai org islam , kita tidak boleh menghampiri apa yg haram.
Yg haram tetap haram.
Alasan/excuses tak menghalalkan yg haram.


Tak kira apa jua alasan , yg haram tetap tak boleh didekati. Bertaubat lah.
Bercouple itu memang sweet.
Tetapi,
Bercouple itu haram.
Bercouple itu mendekati diri dengan zina.
Dan zina itu haram .
Dan haram itu dosa.
Dan dosa itu adalah ticket percuma untuk masuk ke NERAKA.
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. " Surah Al - Israa' : 32
Dan

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti ."

cuba fikirkan ,
Orang yg bercouple selalu tengok awek dia,dan awek dia pula selalu tengok dia.
Orang yg bercouple selalu duduk berdua-duaan. Tambah lagi, tempat sunyi.
Orang yg bercouple selalu bermanja2x , bercakap dengan nada yg lembut dan boleh menaikkan syahwat.
Orang yg bercouple selalu bersentuhan , meskipun hanya bersalaman atau cubit cubit manja.
Orang yg bercouple selalu angau , sesalu membayangi awek/pakwenya .

Kalau keadaan ini terbawa-bawa ketika di dalam solah?
Adakah solah kita diterima? Bukankah di dalam solah, hati kita perlu menghadap
Allah dengan penghormatan , pengagungan ,
cinta dan pengakuan kepada Allah SWT?
Macamana kita nak buat sedemikian kalau kita asyik dengan awek/pakwe kita?
Fikir sendiri lah .

kemudian .
Kalau alasan sebab nak suai kenal sebelum berkahwin , bukan msg caranya, bukan
keluar berdua-duaan caranya.

Tetapi pergi kerumah orang tuanya.
Buat ta'aruf.
berkenal kenal dahulu dengan pasanganya.Tanya apa yg ingin ditanya.
Bukan berdua-duan sahaja. Tetapi dengan orang tuanya.

Nak keluar dengannya? boleh,tak de masalah .. tapi dengan syarat,bawa WALI nya.
Kemudian, bila sudah kenal.
Tanya kan mengenai pernikahannya.
boleh kn?

Ia berbeza dengan bercouple yg hanya semata-mata menghampiri zina .

Boleh keberkahwin dengan orang yang melakukan zina?


Surah An - Nuur Ayat 3 DAN 5 . Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Ayat 3 )

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Ayat 5 ) .

Jelas sekali. bukan kata tak boleh berkahwin dengan org yang melakukan zina , tpi
dengan syarat , kena bertaubat. Taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat Nasuha.
Dan tambahan lagi,

Ibnu ‘Abbas pernah berkata mengenai laki-laki yang berzina kemudian hendak menikah dengan wanita yang dizinainya, beliau berkata :
"yg pertama adalah zina yang terakhir adalah nikah , yg pertama adalah haram , sedangkan yg terakhir adalah halal . "


:) , masih boleh mengubah keadaan kawan2x. Kalau kita betul2x sayangkan pasangan
kita , gunakan lah jalan yang betul . Bercouple tu, bukan lah option kita :)
ok?

InShaAllah, Moga apa yang ingin ana sampaikan dapat disampai dengan betul .
Dan dapat memberi manfaat kepada semua.
Apa yang ana katakan ini semua, adalah untuk diri ana jua. Diri ini perlukan kekuatan .
Dan jika ada para ilmu yang bijaksana dari ana , boleh lah tahqiq kan hal ini .
Mungkin ada kesalahan dalil-dalil yg ana pakai. Mungkin tidak tepat.

InShaAllah, di Awal tahun ini, kita mulakan dengan azam baru. Jauhi zina .
Dekati diri dengan Allah. Gunakan cara yg betul disisi islam .

Dan apa apa sekalipun , ingat. LA ILAHA ILLALLAH !
Wallahu'alam

Assalamualaikum :) .

Posted by nyot_Fire Taoist at 12:41 PM 0 comments

Monday, September 17, 2012

ching ching ching, dwet xde :( puff *bunyi abuk

" nah amik nih ---'@ , acik kasi kat kamu .simpan baik2x taw"


lebih kurang mcm tu la ayat yg kwn ana bagi ana .. rse sweet sgt time tuh.. mne laa kwn ana tu pergi kan? apa khabar dye?
ape khabar kwage dye?
dye suke siku2x lg x? hmm :(


kpd dye, "ehem3x, ana rindu kamu la.. moga persahabatan antara kite berdue xkn pna lerai..bia hubungan ini menjadi satu hubungan yg kerana Allah s.w.t semata mata. "

Assalamualaikum ana ucapkan kat kwn2x semua :) .

wah.. hari ni ana blaja stu benda baru la..
nak tahu gapo dye?

haa...
ana blaja cara nk save dwet ana...

P/s: sb ana nk bli enst bru :P ..

apa yg ana wat? ana bli nc lauk RM 2 jek :P .
nasi + sayur + telur + kuah.. = RM 2.
murah kan?

dengan cara begini, ana dpt kurangkan perbelanjaan ana disamping dpt bli enst baru tu la.. malahan pulak, ana dapat kawal nafsu mkn ana.. nak lg bru lpas bulan shawalni kn? rse mcm free lak nk mkn pape skrng ni kn? haha, tp ana me-limit-kan pemakanan ana skrng nih :P .
ana nak gak kurus kn?


selain drpd jimat dwet,kawal nafsu , kuruskan bdn, ana gak dpt mempertingkatkan daya pemikiran ana nih :) . kejadian sebegini terjadi kerana disebabkan kita x bnyk mkn, and masa penghadaman tu cukup..so, xde laa crisis perut buncit dan temok.. hehe..

ana ske jdik kurus, sbb bile urus, ana akan dapat buat perkara lebih bnyk and ana dpt guna tenaga tu tuk jln lbih baik, inshAllah .

hmm, ana melalut kn? hmm, mntak diri dlu. Asslamualaikum :'(



Posted by nyot_Fire Taoist at 10:18 AM 0 comments

Wednesday, June 27, 2012

cukup kuat kah iman ku?



Apa khabar iman sahabat2x sekalian? :)
Moga iman sahabat2x sekalian semakin lama semakin baik . Ingat, jangan takabur dan bangga diri dengan apa yang kita ada.
Jangan sangka yang kita ni lebih selamat daripada kawan2x kita yang lain kerana kita rajin bolak balik pergi surau..
jangan bandingkan iman kita dengan iman kawan2x kita atau iman ustaz2x.. tapi, bandingkan iman kita dengan iman para sahabat terdahulu.

Baru rasa takot tak?
haa... iman para sahabat dulu kental taw..iman mereka xseperti iman sekarang.. iman yang ada pada zaman sekarang x sekuat iman yang ade pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu..
Tetapi, kita masih boleh berusaha untuk punyai iman sekuat iman para sahabat. Sebab itu lah, kita berdiri disini . Berdiri di dunia yang fana ini untuk menegakkan islam . Islam xkan pernah pupus !! kerana ada kita yang bakal menegakkan agama Allah ini !!

Marilah kita kawan2x ! Bangkitlah :) .
eceh3x :) .

but firstly, belajaq dlu okeh.. yang student2x tuh, kite berjuang agama kita dengan ILMU kita.. orait? :) . tanpa ilmu, kita xdapat mengajar.. sahih kan?


Tapi, semua orang boleh berdakwah .
berdakwah sebenarnya membaiki diri sendiri juga kan?
berdakwah juga mematangkan diri kan?
berdakwah juga merapatkan silahturahim kan?
Rasulullah S.A.W pun menziarahi sahabat2x nya setiap ari taw..
sehingga dapat diibaratkan kalau kaki Rasulullah S.A.W dicatkan warna merah, maka seluruh tempat itu akan dipenuhi dengan warna tapak kaki beliau.
see?

Wallahualam.

Iman adalah sangat bernilai . Hanya syaitan yang tahu nilai sebenar iman ini. Sebab tu lah dia berusaha 24jam xpernah henti untuk rebut iman didada ini.
Percaya atau tidak, iman zaman sekarang ibarat kulit bawang. senang datang senang pergi.
Pagi kita beriman, tengahari kita kufur , petang kita beriman, malam kita kufur.
Nauzubillah , nyawa kita ditarik disaat kita kufur..

ehem, sudah lah.
marilah kita upload iman kita kawan2x.

dimulakan dengan perbanyak bercakap tentang kebesaran ALLAH.
selanjutnya mula melangkah ketempat yang baik
next, bercakap benda yang baik
mendengar benda yang baik ( tak melalaikan malah mengigatkan kita pada Allah )
membaca bahan bacaan yang baik .
melakukan perbuatan yang baik
dan kemudian , bergaul dengan orang orang baik. (90% membantu beb)


InshaAllah, sedikit sebanyak membantu.
ana suka dengar lagu opick, Obat Hati.. ade lima perkara . yang pertama baca quran dan maknanya.
yang kedua, solat malam dirikanlah , yang ketiga berkumpulah dengan orang soleh. yang keempat perbanyakkan berpuasa dan yang kelima sentiasa berzikir.. :)

InshaAllah, ana bercakap untuk diri ana sendiri sebenarnya.
doakan lah ana, supaya ana kuat melawan nafsu ana. InshaAllah, Moga Allah memberkahti hidup sahabat2x sekalain :) ily.. :)

Assalamualaikum. Barakallahufiq ! <3




Posted by nyot_Fire Taoist at 10:44 PM 0 comments

Friday, June 15, 2012

weee~ dapat online



Assalamualaikum kawan2x , kaifa halukum? :)

Alhamdulillah, tak sangka ana dapat taip-taip lagi kat lam nih kan?
hehe, maklumlah, diri ni pun dah jarang dapat online . Nak blaja2x pun tak dapat.. huhu.. pernuh dengan kerja2x di kolej tuh =.=" .

bila dapat online kan, ana jengah2x laa fesbuk2x kwn2x ana, blog kwn ana :) . waah, best2x status and post2x dorg tuh :D .
Untung laa dpt online kan~

haha, ana tertarik nan blog kwn ana yg sorg nih... blog dye dr dlu dah menjadi tarbiyah buat ana ..
untuk owner blog uh, moga anti dapat teruskan usaha anti tuk teruskan sebarkan ilmu didalam dunia siber nih :) .

keep it up babe~ cewah~~

baguskan dye tuh? gunakan alatan siber di zaman sekarang ( fesbuk, blog,twiter) ini tuk sebarkan dakwah ..sangat cermelangkan?

dalam salah satu hadis daripada Abdullah bin 'Amr r.a., yang mafhumnya ..
Nabi s.a.w. bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...." (Riwayat al-Bukhari) .

dah jadik kewajibpan untuk kita tuk sebarkan ilmu..
3 benda yang akan dibawa selepas kita mati . satu, sedekah jariah. dua, ilmu yang berpanjangan . dan ketiga ,doa anak yang soleh ..


ilmu yang berpanjangan, hmm...apa maknenye ek?

gini...
anta ajar ana 1+1 = 2. pastu ana lak ajar kwn ana yang 1+1=2 , pastu kwn ana ajar kwn dye 1+1=2 dan kejadian ini terus terusan berlaku kepada kawan ana dan kepada ana punye kwn dan kwn dye, kwn dye dan kwn dye :) ..

inilah yang dimaksudkan dengan ilmu yang berpanjangan? adakah pahala menyebarkan ilmu tuh maseh ade selepas kita meninggal? ya la kan? bole bawak ke syurga? of course la kan? :)

Taniah ! :)
marilah kita sama2x kumpul duit untuk beli ticket ke syurga :))

haishhh :)

makhluk takkan bersama kita selama lamanya, tapi Allah akan tetap bersama kita. Ayuh para penda'i , bangkit lah !!!





perlukah rase rindu ? :'(
Posted by nyot_Fire Taoist at 7:00 AM 0 comments

Monday, June 11, 2012

Blocked

Maint !
Posted by nyot_Fire Taoist at 9:14 PM 0 comments

Wednesday, May 30, 2012

Conquer 2.0



Dengan bismillah, mula dibaca .. :P.. teringat time silat2x dlu.. huhu...

Assalamualaikum :) .




hehe, inilah org ana dlm salah satu game yg ana main :) ..
pelikkan? :P


senanye saje je ltak gambar nih..
bkn pnting pn..
orait laa.

Assalamualaikum ;)
UkhuwaFillah abadan abada ... Barakallah hu fik'

#The Zikr-Wahai Mujahid !

Posted by nyot_Fire Taoist at 4:31 PM 0 comments

Friday, May 25, 2012

Sebenarnya


\

Assalamualaikum.

kawan2x, ana rse xpe lau nak berfesbuk :) .. TAPI . dengan syarat guna kan ia dengan sebaiknya, jgn mudah terperangkap :)

di dalam fesbuk bnyk ilmu , pengetahuan.. dan kita jugak boleh merapatkan hubungan nan kwn2x :)

idea untuk menjauhi fesbuk adalah idea yang tak bernas jugak..
kalau kita takde di fesbuk, spe nk tegur kwn kita g smayang?
spe nak ajak awek2x kite off? xD
spe nk tlg mereka yg sesat kembali ke jalan yg btol?

senang je nak ckp, brani wat brani tangung,

dah tahu fesbuk tu melalaikan kan? jadi kita jgn la wat kita di lalaikan olehnye. :)

lgpun ana boring la ddk rumah :'(

tapi ana rindu nak tglkan kan uma.. ana blom bersiap lagi nak berperrang kat unikop tuh :'(

Ya Allah , persediakanlah diriku ini..

Sebenarnya diri ini mahu sentiasa mengingati mu Ya Allah, tapi diri ini terlalu lemah.
aku dah cuba sedaya upaya namun , mungkin kerana tak sekeras para solihin yang lain..
Ya Allah, mampukah ku bertahan bila berada di luar sana?
lindunggi hambamu ini Ya Allah.

:'( .


Kawan2x, doakan ana, moga ana kuat di luar sana. Moga iman ana tak tergoyang.. InshaAllah, Assalamualaikum :') .

Barakallah hu fik'


Posted by nyot_Fire Taoist at 11:59 PM 0 comments

Thursday, May 24, 2012

Yeah



Assalamualaikum :)
Alhamdulillah
InshaAllah, semua akan beres :).
Allah akan sentiasa membantu hambanya..
Yakin lah, bahawa Allah Maha Pengampun :)


<3 antum <3 Assalamualaikum, Barakallah hu fik'


Posted by nyot_Fire Taoist at 11:07 AM 0 comments

hesh





Assalamualaikum :)

Selamat pagi cikgu xD .. upin ipin? hahaha...
rndunyee nk blik kolej..
rndunye nak tdur kat atas katil..
rndunye nak pgg mic kat surau tuh.
rndunye :'( sahabat2x :(

tp ana ade problem

dan prolem akan terjadik di setiap awal sem =.="

ana takot nak ddk blik sorg2x !
ape? msti antum sume nak ckp yg ana nih penakot kan?
aah , ana mmg pnakot :'(
ana xpna jmpe, sbb ana pcaya yang Allah bersama ana..
tp, syaitan ttp ganggu ana...
bila ana nak tdo je , ad mcm2x sware kuar.. so, ana xkn tido =.="

lantak la nk jdik ape, ana xkn tdo~

hee..

ana akan mule tdo bile ana sware dr org2x sebelah atau ade suasane bising skit :P

heshh, law laa ade org yg nk tman ana dlm dorm tuh :'(

kecian nye ana...
org cam ana mmg sntiase xde kwn kn? :'( .

huwaaa...

tp pape pn, xsaba nk jalankan tugas balik !


Assalamualaikum :. Barakallah hu fik' <3


Posted by nyot_Fire Taoist at 2:44 AM 0 comments

Wednesday, May 23, 2012

ampunkan daku~




Assalamualaikum :)





Hari ini ana tak dapat puasa lagi. Sakit yang ana ada skrng nih makin lame makin teruk. Ana x berdaya nak tahan . Rela x rela ana mnum air ptg td. rse mcm rugi je...

haishhh, ape la kan? :'(
Ruginya ana ari nih ..
tp xpe, eck ada lg :')

Heshh cik nazreen ,tahan lah penyakit mu tu -.-"


hehe..
Td , ana bebaring skjap..ana bertakafur jap.. saje nak mengelamun kan tentang ape yg tlah dibuat oleh diri nih~

ana terfikir, dah brape ribu agaknya org yg ana tipu kat lam dunia nih?
Dah brape org menghadapi masalah kerana tipu daya ana ? :'(
Mmg benar, perkara yg lepas jgn diungkit, mmg kita kene pndang hadapan xleyh pndang belakang, tp...
Kat akhirat sane nanti? mampu ke amalan yg xsegunung nih nak tebus dgn dose2x yg bergunung tuh?

Jadi kepada kawan2x yg pernah ditipu oleh ana,
ana mnta maaf sangat2x. Ana tak niat menipu, tp ana hanya ingin menhibur kalian. Ana akui caare ana salah.

Dan kepada mereka yg pernah disakiti oleh pedas mulut ana nih, ana minta maaf jugak :'(
sebenarnya antum sume baik2x belake, antum sume bole wat ape yg antum sume nak.

dan kpd mereka yg terkecil ati sbb kate2x dr mulut ana nih, ana minta maaf sangat2x..
niat ana nak menghibur, niat ana nak menjaga hubungan, tp ana xpandai.
Ana minta maaf :'(



Maafkan ea.. ^_^

Benar kate org, mulut mmg sukar untuk dijage.. tapi salah sebenarnya.
sbenarnya lidah lah yang sukar dijage.

jadi, bagaimana nak jg lidah nih?

haaa, senang jek.. pasang mangga kat lidah kat mulut, jd xdpt la lidah tu gerak kan? :P , hesh, xde xde, saje je ana nak main2x :)
ok ok, tip tips nak jage lidah yg ana tahu lah ,pertamenye ,kita kenelah perbanyakan dzikrullah dan zikir kita , seterusnya kita perbanyakan bercakap benda baik , kemudian dengar bende2x baik , bercakap benar dan yg paling mudah ,
diam jek =.= . hehe..

hmm, ana mintak maaf lagi sekali k? :)

btw, ana sayang antum semua. Kerana antum semua adalah pendaei' dan pendakyah yang berjaya :)

ada jodoh, ana update lg ;) .. hee~


Assalamualaikum.. Barakallah hu fik' <3




ukhuwafillah abadan abada
Posted by nyot_Fire Taoist at 6:07 AM 0 comments

Tuesday, May 22, 2012

wasup?





hessshhh...



Assalamualaikum :)


Amboi, dah lamenye ana tak tulis apa apa kat sini..
hehe.. Abis ana bukanlah rajin sgt nak tulis2x nih..Malas rasenye bile nak tulis. Lagipun x tahu nak tulis ape.. Idea bukan lah ade slalu. hehee..

Tapi, nape ari ni ana rajin nak bertulis lak yek?
haha, ana senanye rajin nak tulis. Saja-saja je..Lagipun ana boring..
Ana dah deactivate FB ana jadi tak tahu nak wat pe.

knape anta deactivate? . ade pape ke?

Haa, nak tahu nape?
Mudah je. Ana nak ilangkan rase gile fesbuk ana nih..
Yela, mana taknye..boring jek carik fesbuk, ade mase jek g fesbuk. tak ke gila tuh?
cuba kalau ana teruskan smpai ana naik kolej balik nanti?
konfem buku x tersentuh,facebook memanjang -_-

Lagi satu , ana nak ubah niat ana . niat yang mulanya kerane "ukhuwaFillah" semate-mate , tapi kini dah berubah menjadi uhibbukifillah pula. Ana mula rase perasaan tuh dah mula hadir. Jadik ana decide la nak menjauh ^^ . kejam kan? :P

Lagi pun , orang dah berpunya T_T .

hehe...

sat sat, ade lagi satu sebab .. ana ttp fb ana sebab fb ana ada problem :'( .
tak tahu la npe , tp ade problem .. Hanya DIA je yang tahu problem apakah itu :'( .
Tapi mungkin problem tuh lah yang terbaik kan? :'D . Sebab ALLAH dah set kan
yang terbaik untuk kita kan? :') .

hehe.. tapi tulah.. bila dah deactivate fb, nak wat ape pn xtahu.. =.="

Ayah selalu cakap "kat umah nih banyak keje kau leyh wat"

ada benar cakap ayah , memang benar pun.
tapi ini semua sebab FB ni hah.. Ia wat kita gelisah tanpe dia, seolah olah kita perlukan ia.. Sbb tuh la ana nak buang rase tuh =.="

ana terfikir, pandainya org2x kafir nih.. dorg xgoda dan takluk iman kita dengan kepecayaan kita. tapi mereka takluk iman kita dengan melalaikan kita dengan harta duniawi mereka. Dan mereke berjaya. Buktinya, ha tu, fesbuk yang antum sume gune tuh . huhu... ana pun same :P.
jadi pesan ana, antum sume( dan ana sendiri) same2x la kita belajar kurangkan mase bersame fesbuk2x tuh.. ada faedah nya. terutamanya , kita dapat lebih dekatkan diri kita kepada Allah S.W.T :)

InshaAllah, itu sahajalah dari ana tuk "tulis2x nih" .

Law ada mase lagi, ana tulis2x la.. hehe.. :)
Assalamualaikum :). Barakallah hu fik' :)


Posted by nyot_Fire Taoist at 6:32 AM 2 comments

Friday, March 16, 2012

Amalan Yang Paling Baik



Dibawah ini terdapat satu , dua atau lebih hadith Rasulullah S.A.W mengenai amalan yg pling baik. Harap berguna.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.



InshaAllah, moga kita dapat amalkan dan sampaikan


Posted by nyot_Fire Taoist at 12:18 PM 0 comments

Wednesday, March 14, 2012

Perubahan Mula dengan Niat




Assalamualaikum kawan-kawan :). Salam sejahtera saya ucapkan. Tak kira pagi atau pun petang, tak kira malam atau pun subuh , moga detik-detik kita penuh dengan amalan-amalan atau pun perkara-perkara yang baik-baik. Sebab saya tahu saat tuan-tuan dan puan-puan duduk kesorangan, pasti akan tergerak minda tuan-tuan untuk memikirkan untuk berubah kearah lebih baik. Mustahilah seseorang tu tak akan memikirkan hal tersebut walaupun sekejap bukan?


Tuan-tuan dan puan-puan mesti terasa malu nak bertanya kawan-kawan , malu nak berubah takut-takut kawan-kawan sindir kan? Tapi, buat apa nak malukan? Sebab diri ini untuk kita. Allah S.W.T dah beri kita pinjam di dunia ini untuk kita pakai dan mengunakannya untuk beribadat pada Allah bukan? Jadi buat apa kita perlu malu dan takut untuk menujuk atau bertanya pada kawan? Patut merekalah yang berasa malu dan segan kerana mereka tak sampai tahap anda yang memikirkan untuk berubah kearah yang lebih baik.

Ini lah masa terbaik untuk anda berubah. Jika bukan sekarang bila lagi? Tak akan nak tunggu umur 50-an baru nak berubah? Tak pasti kita akan kekal hidup sehingga 50-an kan? Sedangkan yang bertulis ni pun boleh pergi bila-bila sahaja.
Jadi kesimpulannya kat sini,kita tidak perlulah menangguh nangguhkan untuk berubah. Kerana ini adalah satu fikiran yang baik . Sedangkan Perkara yang lain kita boleh ubah. Kenapa tidak diri kita?


Pedulikan kan orang yang mengejek kita. Mereka itu semua telah dihasut oleh syaitan untuk melemahkan semangat kita untuk berubah. Kerana syaitan amat takut jika seseorang itu berusaha untuk berubah. Kalau mula-mula dulu syaitan yang biasa yang hasut tapi bila kita nak berubah, syaitan akan pangil yang general-general untuk turun menghasut. Macam gitu payah pun syaitan sangup buat. Sebab apa? Sebab syaitan tahu erti sebenar Iman yang ada dalan kita ini.

Jadi kita kena lah protect Iman kita ini seperti kita protect kereta kesayangan kita, seperti kita jaga motor baru kita , seperti ita jaga pokok-pokok kita. Kenapa benda dunia kita boleh protect , tapi benda kita sendiri kita tidak protect?
Adakah ita dihidupkan untuk dunia semata-mata? Fikir-fikirkan lah.
Fikirkan apakah tugas kita dimuka bumi ini. InshaAllah, bila kita sedar apa tujuan sebenar, kita kejar tujuan tersebut. InshaAllah ye tuan-tuan dan puan-puan semua. :) . Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan semua mendapat hidayat dan taufik dari Allah S.W.T .

Tangan saya hanya menaip, yang kasi ilham semua Allah S.W.T . Jika ada tersalah cakap, tolong perbetulkan. Sekian, Assalamualaikum kawan-kawan :).
Posted by nyot_Fire Taoist at 11:15 AM 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Siapa Saya?

Nazreen Rahman Égö


Mohamad Nazreen Bin Abdul Rahman

My Pengikut

Pengisian

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  Nov (1)
      • Nasihat kepada para COUPLE
    • ►  Sep (1)
      • ching ching ching, dwet xde :( puff *bunyi abuk
    • ►  Jun (3)
      • cukup kuat kah iman ku?
      • weee~ dapat online
      • Blocked
    • ►  May (6)
      • Conquer 2.0
      • Sebenarnya
      • Yeah
      • hesh
      • ampunkan daku~
      • wasup?
    • ►  Mar (2)
      • Amalan Yang Paling Baik
      • Perubahan Mula dengan Niat
  • ►  2011 (1)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2009 (4)
    • ►  Nov (3)
    • ►  Mar (1)
 
❤

Hamba-mu Ya ALLAH

Hati Hati Dengan Kata-Kata

Kalau Tak Badan Binasa