Dibawah ini terdapat satu , dua atau lebih hadith Rasulullah S.A.W mengenai amalan yg pling baik. Harap berguna.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."
Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.
Assalamualaikum kawan-kawan :). Salam sejahtera saya ucapkan. Tak kira pagi atau pun petang, tak kira malam atau pun subuh , moga detik-detik kita penuh dengan amalan-amalan atau pun perkara-perkara yang baik-baik. Sebab saya tahu saat tuan-tuan dan puan-puan duduk kesorangan, pasti akan tergerak minda tuan-tuan untuk memikirkan untuk berubah kearah lebih baik. Mustahilah seseorang tu tak akan memikirkan hal tersebut walaupun sekejap bukan?
Tuan-tuan dan puan-puan mesti terasa malu nak bertanya kawan-kawan , malu nak berubah takut-takut kawan-kawan sindir kan? Tapi, buat apa nak malukan? Sebab diri ini untuk kita. Allah S.W.T dah beri kita pinjam di dunia ini untuk kita pakai dan mengunakannya untuk beribadat pada Allah bukan? Jadi buat apa kita perlu malu dan takut untuk menujuk atau bertanya pada kawan? Patut merekalah yang berasa malu dan segan kerana mereka tak sampai tahap anda yang memikirkan untuk berubah kearah yang lebih baik.
Ini lah masa terbaik untuk anda berubah. Jika bukan sekarang bila lagi? Tak akan nak tunggu umur 50-an baru nak berubah? Tak pasti kita akan kekal hidup sehingga 50-an kan? Sedangkan yang bertulis ni pun boleh pergi bila-bila sahaja. Jadi kesimpulannya kat sini,kita tidak perlulah menangguh nangguhkan untuk berubah. Kerana ini adalah satu fikiran yang baik . Sedangkan Perkara yang lain kita boleh ubah. Kenapa tidak diri kita?
Pedulikan kan orang yang mengejek kita. Mereka itu semua telah dihasut oleh syaitan untuk melemahkan semangat kita untuk berubah. Kerana syaitan amat takut jika seseorang itu berusaha untuk berubah. Kalau mula-mula dulu syaitan yang biasa yang hasut tapi bila kita nak berubah, syaitan akan pangil yang general-general untuk turun menghasut. Macam gitu payah pun syaitan sangup buat. Sebab apa? Sebab syaitan tahu erti sebenar Iman yang ada dalan kita ini.
Jadi kita kena lah protect Iman kita ini seperti kita protect kereta kesayangan kita, seperti kita jaga motor baru kita , seperti ita jaga pokok-pokok kita. Kenapa benda dunia kita boleh protect , tapi benda kita sendiri kita tidak protect? Adakah ita dihidupkan untuk dunia semata-mata? Fikir-fikirkan lah. Fikirkan apakah tugas kita dimuka bumi ini. InshaAllah, bila kita sedar apa tujuan sebenar, kita kejar tujuan tersebut. InshaAllah ye tuan-tuan dan puan-puan semua. :) . Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan semua mendapat hidayat dan taufik dari Allah S.W.T .
Tangan saya hanya menaip, yang kasi ilham semua Allah S.W.T . Jika ada tersalah cakap, tolong perbetulkan. Sekian, Assalamualaikum kawan-kawan :).