-->

Wednesday, March 14, 2012

Perubahan Mula dengan Niat




Assalamualaikum kawan-kawan :). Salam sejahtera saya ucapkan. Tak kira pagi atau pun petang, tak kira malam atau pun subuh , moga detik-detik kita penuh dengan amalan-amalan atau pun perkara-perkara yang baik-baik. Sebab saya tahu saat tuan-tuan dan puan-puan duduk kesorangan, pasti akan tergerak minda tuan-tuan untuk memikirkan untuk berubah kearah lebih baik. Mustahilah seseorang tu tak akan memikirkan hal tersebut walaupun sekejap bukan?


Tuan-tuan dan puan-puan mesti terasa malu nak bertanya kawan-kawan , malu nak berubah takut-takut kawan-kawan sindir kan? Tapi, buat apa nak malukan? Sebab diri ini untuk kita. Allah S.W.T dah beri kita pinjam di dunia ini untuk kita pakai dan mengunakannya untuk beribadat pada Allah bukan? Jadi buat apa kita perlu malu dan takut untuk menujuk atau bertanya pada kawan? Patut merekalah yang berasa malu dan segan kerana mereka tak sampai tahap anda yang memikirkan untuk berubah kearah yang lebih baik.

Ini lah masa terbaik untuk anda berubah. Jika bukan sekarang bila lagi? Tak akan nak tunggu umur 50-an baru nak berubah? Tak pasti kita akan kekal hidup sehingga 50-an kan? Sedangkan yang bertulis ni pun boleh pergi bila-bila sahaja.
Jadi kesimpulannya kat sini,kita tidak perlulah menangguh nangguhkan untuk berubah. Kerana ini adalah satu fikiran yang baik . Sedangkan Perkara yang lain kita boleh ubah. Kenapa tidak diri kita?


Pedulikan kan orang yang mengejek kita. Mereka itu semua telah dihasut oleh syaitan untuk melemahkan semangat kita untuk berubah. Kerana syaitan amat takut jika seseorang itu berusaha untuk berubah. Kalau mula-mula dulu syaitan yang biasa yang hasut tapi bila kita nak berubah, syaitan akan pangil yang general-general untuk turun menghasut. Macam gitu payah pun syaitan sangup buat. Sebab apa? Sebab syaitan tahu erti sebenar Iman yang ada dalan kita ini.

Jadi kita kena lah protect Iman kita ini seperti kita protect kereta kesayangan kita, seperti kita jaga motor baru kita , seperti ita jaga pokok-pokok kita. Kenapa benda dunia kita boleh protect , tapi benda kita sendiri kita tidak protect?
Adakah ita dihidupkan untuk dunia semata-mata? Fikir-fikirkan lah.
Fikirkan apakah tugas kita dimuka bumi ini. InshaAllah, bila kita sedar apa tujuan sebenar, kita kejar tujuan tersebut. InshaAllah ye tuan-tuan dan puan-puan semua. :) . Saya doakan agar tuan-tuan dan puan-puan semua mendapat hidayat dan taufik dari Allah S.W.T .

Tangan saya hanya menaip, yang kasi ilham semua Allah S.W.T . Jika ada tersalah cakap, tolong perbetulkan. Sekian, Assalamualaikum kawan-kawan :).
Posted by nyot_Fire Taoist at 11:15 AM

1 comment:

  1. AnonymousMay 8, 2012 at 4:10 AM

    allahumma ameen..istiqamahkan lah kami Ya Allah:))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Siapa Saya?

Nazreen Rahman Égö


Mohamad Nazreen Bin Abdul Rahman

My Pengikut

Pengisian

  • ▼  2012 (13)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  May (6)
    • ▼  Mar (2)
      • Amalan Yang Paling Baik
      • Perubahan Mula dengan Niat
  • ►  2011 (1)
    • ►  Apr (1)
  • ►  2010 (5)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2009 (4)
    • ►  Nov (3)
    • ►  Mar (1)
 
❤

Hamba-mu Ya ALLAH

Hati Hati Dengan Kata-Kata

Kalau Tak Badan Binasa